mcm2 perangai manusia aku dapt lihat....
Ada yg menyenangkan dan ada juga yg sebaliknya....
situasi 1: Ketika marah
ada yg suka mengadu dan merungut di belakang...
ada yg gemar marah2...
tidak kurang memerli...
ada yg lebih rela menyimpan...
ada juga yg menangis...
dan mungkin juga ada yg tiada langsung perasaan marah di hati..
situasi 2: cara hidup
ada yg gemar berkumpul bersama keluarga...
ada yg lebih gemar berbual dgn kawan2..
tp ada juga yg gemar bersendirian..lebih tenang katanya...
ada yg seimbang antara keluarga,rakan dan diri sendiri...
situasi 3: ShoppiNg
mungkin ada yg kata semua wanita gila shopping...
bagiku sungguh tidak benar jika kita meletakkan perkataan "semua"..
ya,segelintir wanita mungkin gila shopping..
tapi ada juga yg bershopping untuk keperluan...
ada juga yg tidak gemar membeli belah..
tapi masih mampu menemani sesiapa untuk bershopping..
dan mungkin juga ada yg anti-shopping..
membeli hanya kerana terpaksa untuk keperluan hidup..
situasi 4: perasaan
ada yg mmpu mengawal perasaan dari menjadi lebih terbawa2...tapi ada juga yg terlalu emosi dlm setiap perkara...
kenapa tiada tolak ansur...
kenapa tidak cuba untuk memahami...
setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai jenis perasaan yg berbeza...
tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh memahami perasaan yg lain...
fahami dan memaafkan jika mereka bersalah..
fahami dan cuba laksanakan jika itu yg mereka mahukan..
fahami dan cuba terima perasaan mereka...
tidak perlu tunggu perubahan secara drastik dari mereka..
tapi cuma fahami dan merubah mereka secara perlahan2...
jadi...dimana letaknya Anda sebagai seorng manusia...hanya diri sendiri yg lebih memahami..
jgn mengharap yg orng lain akan memahami anda seratus peratus...cukup walau sedikit... kerana yg sedikit itu mungkin yg terbaik untuk masing2...
p/s: sekadar renungan.....
0 luahan sayang:
Post a Comment